Negoroadtax - Fast Easy Trusted
Polisi Perkhidmatan

Pembatalan & Bayaran Balik

Kemaskini Terakhir: 2026 | ZME IMAN ENTERPRISE (201903062555 / IP0518905-K)

1. Syarat Pembatalan

Pembatalan Permohonan Pembaharuan Polisi Insurans atau Cukai Jalan (Roadtax) boleh dibuat tertakluk kepada status proses permohonan tersebut:

  • Sebelum Polisi Dikeluarkan: Permohonan boleh dibatalkan secara penuh tanpa sebarang bayaran penalti sekiranya dokumen belum diproses oleh pihak syarikat insurans atau JPJ.
  • Selepas Polisi/Roadtax Dikeluarkan: Pembatalan polisi insurans yang telah aktif tertakluk kepada terma dan syarat pembatalan rasmi syarikat insurans berkaitan (pro-rata refund atau syarat kelulusan JPJ).

2. Proses Bayaran Balik (Refund)

Sekiranya terdapat lebihan bayaran, permohonan dibatalkan sebelum polisi diproses, atau penolakan permohonan oleh pihak penanggung insurans:

  • Bayaran balik akan diproses dalam tempoh 3 hingga 7 hari bekerja melalui pindahan bank terus (Online Banking Transfer).
  • Bukti resit pembayaran asal dan maklumat akaun bank pemilik kenderaan perlu dikemukakan bagi tujuan verifikasi keselamatan.

3. Cara Mengemukakan Permohonan Pembatalan

Sila hubungi akaun khidmat pelanggan kami menerusi e-mel [email protected] atau talian perkhidmatan pelanggan kami di 011-7622 2485 berserta nombor pendaftaran kenderaan anda.